Cukai Jalan Kenderaan harus diperbaharui sebelum 30 September 2021 - JPJ

5 Ogos 2021 - Jabatan Pengangkutan Jalan mengingatkan semua pengguna jalan raya agar memperbaharui cukai jalan kenderaan selewat-lewatnya 30 September 2021. Tiada lagi tempoh lanjutan selepas tarikh tersebut.

Pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan oleh JPJ dan pihak Polis akan bermula pada 1 Oktober. Sehingga ke tarikh tersebut, semua kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan haruslah mempunyai insurans kenderaan yang sah. Pengendara kenderaan harus menyimpan dan mempamirkan e-covernote insurans apabila diminta oleh pihak berkuasa.


Para pengguna digesa memperbaharui cukai jalan secara atas talian. Transaksi yang tidak boleh dilakukan secara atas talian sahaja boleh dilakukan di kaunter JPJ melalui temu janji. Senarai pautan web temujanji boleh didapati di sini.


8 views0 comments