top of page
renewroadtaxmsia

Pihak ke-3



Menjadi kewajiban pada pemandu atau pemilik kenderaan untuk mendapatkan takaful/insurans kenderaan di Malaysia. Tanpa takaful/insurans, pembaharuan cukai jalan tidak dapat dilakukan. Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah menjadi kesalahan kepada para pemandu jika memandu tanpa mengemukakan cukai jalan yang sah dan aktif. Akta tersebut turut memperuntukkan bahawa "pembawa kenderaan motor hendaklah diinsuranskan terhadap risiko pihak ke-tiga". Apakah yang dimaksudkan dengan pihak ke-tiga dalam perlindungan takaful/insurans?


Pihak ke-tiga (Third party) yang dimaksudkan adalah benifisiari (orang yang mendapat manfaat) selain daripada yang terlibat di dalam kontrak iaitu peserta (pemilik polisi) dan pengendali (syarikat takaful/insurans). Maka, mengikut akta, peserta secara minimumnya harus dilindungi liabiliti undang-undang sekiranya berlaku kematian/hilang upaya, kerugian/kerosakan harta benda terhadap pihak ke-tiga. Ia meliputi perbelanjaan bagi rawatan hospital untuk orang yang cedera . Untuk lebih mudah, dalam senario sebuah kemalangan, pihak ke-3 adalah orang/kenderaan yang terlibat sama dalam kemalangan tersebut selain daripada kita. Jenis Perlindungan Takaful/Insurans Kenderaan

  • Perlindungan Pihak Ke-3 (3rd Party Coverage) Melindungi kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga disebabkan oleh atau akibat daripada penggunaan kenderaan bermotor itu yang didapati memandu secara cuai atau menjadi penyebab kemalangan.

  • Perlindungan Pihak Ke-3, Kebakaran dan Kecurian (3rd Party, Fire and Theft) Seperti 3rd Party Coverage, perlindungan ini ditambah dengan perlindungan kerosakan kenderaan peserta akibat kebakaran dan kehilangan kenderaan akibat kecurian. Kerosakan daripada kesan cubaan untuk mencuri juga turut dilindungi.

  • Perlindungan Komprehensif (Comprehensive Coverage) Perlindungan menyeluruh ini melindungi dua seksyen iaitu Seksyen A - Kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri dan Seksyen B - liabiliti undang-undang kepada pihak ke-tiga. Risiko yang dilindungi di bawah seksyen A juga termasuklah, antaranya, pelanggaran akibat kerosakan mekanikal, alatan haus dan lusuh, kebakaran akibat petir, perbuatan khianat, kerosakan akibat pecah rumah dan kecurian turut dilindungi.

Ramai orang mencari cara untuk mendapatkan harga sumbangan takaful kenderaan yang lebih murah. Salah satu caranya adalah dengan memilih 3rd Party Coverage. Walaubagaimanapun, kita haruslah sentiasa berwaspada dan ambil tahu tentang nilai semasa kenderaan kita kerana terdapat juga kerosakan yang melibatkan kos pembaikan yang tinggi. Tanpa perlindungan komprehensif kita harus menanggung kos yang tinggi dan pastinya menambah rasa tidak senang. Maka kita haruslah mengetahui dan memahami jenis perlindungan yang ditawarkan agar ianya memenuhi keperluan kita agar kelak ia memberikan kelegaan dan kesenangan kepada kita.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page