top of page

Soalan Lazim

1. Siapakah operator takaful am di Malaysia?

​

Hanya terdapat empat operator takaful am di Malaysia iaitu :-

​1. Etiqa General Takaful Berhad

2. Zurich Takaful Malaysia Berhad

3. Takaful Ikhlas Berhad

4. Takaful Malaysia Berhad

​

2. Apakah kegunaan maklumat kenderaan dan pemilik bagi renewroadtaxmalaysia.com?

​

Maklumat kenderaan dan pemilik yang hanya diperlukan bagi pengesahan maklumat untuk proses underit sebut harga dan covernote motor takaful serta kegunaan urusan JPJ. Kami tidak akan berkongsi atau mendedahkan maklumat pelanggan dengan lain-lain pihak selain pengendali takaful dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

​

​

3. Bagaimana proses untuk memperbaharui motor takaful dan cukai jalan di renewroadtaxmalaysia.com?

​

1. Isikan maklumat di ruang sebut harga dan hantar

2. Sebut harga akan dihantar melalui e-mail atau applikasi whatsapp anda

3. Pilih dan sah-kan perlindungan kenderaan anda

​

​

4. Bagaimana untuk mendapatkan e-covernote?

​

Covernote fizikal hanya akan dicetak sekiranya permintaan khas dibuat. E-covernote akan dikirimkan kepada pelanggan melalui e-mail atau aplikasi whatsapp untuk simpanan. 

​

​

5. Berapa lama masa diambil untuk cakera cukai jalan dihantar ?

​

Cukai jalan akan diproses setelah pembayaran dilakukan dan motor takaful telah aktif. Cawangan MYEG yang terdekat akan mem-proses cukai jalan dan membuat penghantaran pada keesokan hari (seawal).

bottom of page