top of page

Market Value Vs Agreed Value

Kedua-dua terma ini adalah jenis nilaian harga kenderaan yang ditetapkan oleh pengendali takaful atau insurans. Market Value (Nilai Pasaran) Maksudnya secara literal adalah nilaian mengikut harga pasaran semasa. Nilaian ini akan berubah menurut kadar waktu bermula daripada polisi dikeluarkan. Antara faktor-faktor yang menentukan nilai kenderaan adalah jenama, model dan tahun pembuatan kenderaan. Sebagai Contoh, jika polisi motor takaful diperbaharui pada bulan Januari 2022 dengan nilai RM50,000 dan klaim kerugian total (total loss) pada Disember 2022, pembayaran klaim akan menjadi kurang daripada RM50,000 akibat susut nilai kenderaan dari masa ke semasa. Nilai pembayaran akan ditentukan mengikut nilaian semasa Disember 2022. Agreed Value (Nilai Dipersetujui) Nilai yang dipersetujui adalah jumlah nilai yang dipersetujui antara pemegang polisi dan pengendali motor takaful atau insurans. Jumlah ini tidak akan berubah walaupun berlaku susut nilai kenderaan semasa dalam tempoh polisi motor takaful masih berkuatkuasa.

Secara ringkasnya, jika polisi motor takaful bermula pada Januari 2022 dengan nilai perlindungan adalah RM50,000, dan berlaku kemalangan total loss pada Disember 2022, pembayaran klaim adalah seperti nilai yang dipersetujui iaitu RM50,000. Hal yang demikian, pemegang polisi dapat menikmati pembayaran klaim yang lebih baik daripada nilai semasa yang sebenar, walaupun harus membayar premium yang sedikit tinggi berbanding Market Value.




27 views0 comments
bottom of page