top of page

Cara untuk mengurangkan bayaran insurans kenderaan

Updated: Mar 16, 2021

Selepas amalan de-tarifikasi atau liberalisasi motor diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017, syarikat-syarikat insurans am telah mengeluarkan pelbagai produk insurans kenderaan yang lebih kompetitif dari segi harga dan ciri-ciri. Namun masih ada cara lagi yang dapat diusahakan oleh pengguna untuk mendapatkan lebih penjimatan.


Pilih takaful

Konsep tabbaru' dalam sistem takaful mengumpulkan sumbangan peserta dalam satu tabungan bagi menjamin risiko setiap ahli. Jika ada lebihan akibat kadar tuntutan (claim rate) yang rendah, syarikat-syarikat ini akan mengagihkan lebihan atau keuntungan tersebut pada setiap ahli melalui pulangan tunai cashback. Mengikut data, jumlah tertinggi cash back yang pernah diberikan kepada peserta adalah sebanyak 15%. Hanya 4 syarikat pengendali takaful am di Malaysia iaitu

  • Zurich Takaful

  • Takaful Malaysia

  • Etiqa Takaful

  • Takaful Ikhlas


Memandu secara berhemah

Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount (NCD) adalah insentif kepada peserta takaful yang tidak menyebabkan sebarang kemalangan dalam tempoh takaful kenderaan diperbaharui. Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan pihak ketiga, peserta akan kehilangan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan walaupun tidak membuat tuntutan. NCD boleh dipindahkan sekiranya bertukar pengendali takaful atau kenderaan lain yang dimiliki peserta yang sama kerana insentif ini diberi kepada individu dan bukan kenderaan. Sebagai contoh, seorang peserta yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan selama enam tahun akan layak mendapat NCD sebanyak 55%. Beliau membeli kenderaan baru dan ingin memindahkan NCD kepada kenderaan yang baru dibeli. Dengan ini beliau dapat berjimat sebanyak 55% daripada nilai sumbangan takaful untuk kenderaan baru.


Recent Posts

See All
bottom of page